Akhirnya menjelang tiba hari yang ditunggu-tunggu
BENGKEL WEB 2.0
Alhamdulillah debaran kami selama ini terhurai
Mendapat sambutan dari guru-guru tadika tersebut.
Mereka begitu teruja dengan storybird dan Issu
Mereka kata tak cukup kalau boleh adakan lagi
Kami pula rasa begitu gembira kerana berpeluang membantu mereka.
Ada di antaranya jarang melibatkan diri dengan komputer jadi hari ini membuka sejarah dalam diri mereka kerana bukan sahaja komputer tetapi dapat melayari web 2.0
Syabas untuk semua kawan2 dan yang paling disayangi Dr Norazah dan Dr.Rosseni…Tanpa bimbingan mereka sudah tentu kami tidak dapat melakukan semua ini.
Semoga apa yang telah diajar dapat membantu kami di sekolah.
Terima kasih tidak terhingga kepada PM Dr Norazah dan PM Dr. Rosseni
Sayangnya gambar2 bukan dari kamera sendiri…kawan-kawan sibuk dengan exam dan assgment lupa nak upload gambar. Walau apapun sy tetap akan usaha untuk dapatkan gambar tu.