BENGKEL WEB 2.0

Akhirnya menjelang tiba hari yang ditunggu-tunggu

BENGKEL WEB 2.0

Alhamdulillah debaran kami selama ini terhurai

Mendapat sambutan dari guru-guru tadika tersebut.

Mereka begitu teruja dengan storybird dan Issu

Mereka kata tak cukup kalau boleh adakan lagi

Kami pula rasa begitu gembira kerana berpeluang membantu mereka.

Ada di antaranya jarang melibatkan diri dengan komputer jadi hari ini membuka sejarah dalam diri mereka kerana bukan sahaja komputer tetapi dapat melayari web 2.0

Syabas untuk semua kawan2 dan yang paling disayangi Dr Norazah dan Dr.Rosseni…Tanpa bimbingan mereka sudah tentu kami tidak dapat melakukan semua ini.

Semoga apa yang telah diajar dapat membantu kami di sekolah.

Terima kasih tidak terhingga kepada PM Dr Norazah dan PM Dr. Rosseni

Sayangnya gambar2 bukan dari kamera sendiri…kawan-kawan  sibuk dengan exam dan assgment lupa nak upload gambar. Walau apapun sy tetap akan usaha untuk dapatkan gambar tu.

 

Advertisements

Refleksi Minggu Keempat Belas

Pada minggu ini kami telah mengadakan perbincangan akhir untuk Workshop Web 2.0

Alhamdulillah perbincangan yang bagus.

Semua bertungkus lumus memberikan idea dan ingin membuat yang terbaik

Jamailia dan Shirley membentangkan tajuk Storybird dan Issu

Dr.Rosenni agak sibuk berbincang dengan Dr.Izham berkenaan tempat dan pelaksanaan Web 2.0

Kami di Makmal 3 membantu Shirley dan Jamailia membuat handout untuk pembentangan Bengkel Web 2.0. Kami memberikan idea dan cadangan kepada mereka.

Alhamdulillah mereka dapat membuat slide yang amat menarik

Tahniah untuk mereka

Storybird- step by step

Refleksi Minggu Ketiga belas

Pada minggu ini telah disambung lagi pembentangan Mobile Learning yang masih belum selesai.

Kumpulan 1 giliran Noorul Faezah Rosli dan Nur Ainshah Abdul Latib

Tajuknya ialah Definisi Pembelajaran Mobile

Antara istilah yang dapat saya pelajari ialah :

  •  GSM – Global System For Mobile Communication
  • WAP – Wireless Application Protocol
  • GPRS – General Pocket Radio Service Bluetooth
  • WLANS – Wireless Local Area Networks
  • IrDA – Infrared Data Association

 

 

Refleksi Minggu Kesebelas

Pada minggu ini perbincangan tentang workshop yang akan dijalankan.

Workshop Web 2.0 dirancang untuk semua guru tadika permata

Minggu ini kami telah putuskan apakah tajuk web 2.0 yang sesuai.

Semua kumpulan bentangkan web 2.0

Persetujuan telah dibuat kami memilih Tajuk Storybird dan Issuu

Sesuai dengan kanak2 tadika